Saturday 4 April 2015






p/s: assalamualikum...baca lah dengan nama tuhan yang menciptakan..semoga terhibur dengan hasil yang tak seberapa nie...huhuhu...





KALAU AKU JADI KAMU



ayat/motivasi/hannaelisyaridzuan/blogger.comkalau aku jadi kamu,
aku akan rasa bangga,
kerana aku punya semuanya,
yang aku perlu...

kalau aku jadi kamu,
aku akan belanjakan wang itu,
untuk apa yang ku mahu,
lebih dari mampu...

kalau aku jadi kamu,
aku akan upah seorang pemandu,
untuk bawa aku,
ke destinasi pilihanku...

kalau aku jadi kamu,
pasti aku beli rumah yang besar,
sebagai kediamanku,
kerana aku bangga,
punya harta dan jawatan...

kalau aku jadi kamu,
pasti aku mahu,
memiliki kereta,
yang mewah luar dan dalamnya,
kerana aku tidak perlu malu,
untuk menyusuri jalan raya,
kerana pasti ada yang memuji kemewahan keretaku...

tapi aku tak mampu,
itu hanya anganku,
untuk jadi kamu,
dalam fantasiku...

tapi aku lupa,
ke mana harus aku belanjakan wang ku,
untuk apa semua itu,
di mana akhirnya...

aku alpa,
terlalu leka dengan dunia,
terlalu mengejar cita-cita,
terlalu pentingkan pandangan manusia,
melibihi redha Allah atas amalku...

aku tahu itu,
dari dahulu,
tapi aku hanya buat tak tahu,
dan tgak mahu ambil tahu,
kerana aku lupa bahawa aku akan bertemu Dia,
Tuhanku...

jangan jadi seperti aku,
hanya mengikut nafsu,
seperti kanak-kanak ribena,
yang tak kenal erti jemu,
memujuk ayah dan ibu,
agar beli apa yang aku mahu,

berubah lah,
jadi orang berguna,
bukan macam aku,
huhuhu...

ingat lah,
malaikat akan tanya kamu,
kemana perginya hartamu?
apa yang telah kamu lakukan?
bersedekah kah?
atau membazir kah?